Anak Diserang Demam Panas
Ini kisah anak Aya yang pertama, Izzah. Masa Izzah diserang demam panas, umurnya 1 tahun 5 bulan. Minggu sebelumnya adik Izzah yang demam. Suhu 38 celcius. Aya tuam saja dengan tuala basah sepanjang hari. Alhamdulillah, cepat turun suhunya.
Tapi, kisah Izzah lain. Masa Izzah demam, sepanjang hari dia tidur sahaja. Awal pagi jam 8 suhu badannya 39 celcius. Aya ikhtiar dengan tuam tuala basah, tapi Izzah menjerit tak mahu. Jadi, Aya biarkan saja dia. Izzah bangun hanya untuk minum susu, kemudian tidur semula.
Sampailah waktu Maghrib, masa Izzah atas riba Aya, dia diserang sawan. Aya terkejut, rasa nak menjerit minta tolong, waktu tu suami ke surau. Aya basahkan kepala Izzah, goyangkan badan dia, untuk bagi dia sedar.
Mujur suami cepat balik, terus kami ke Bahagian Kecemasan Hospital Kemaman. Tiba saja di bahagian kecemasan, Izzah dibaringkan dan diberi ubat supp (masuk melalui punggung) untuk menurunkan suhu badannya. Izzah dapat injection juga untuk mengelakkan dia diserang sawan lagi. Izzah ditahan di wad untuk pemantauan 24 jam.
Alhamdulillah, esoknya Izzah dibenarkan keluar wad bila suhunya kekal bawah 37 celcius. Pengalaman ni Aya memang tak dapat lupakan. Aya harap sangat Izzah tak diserang sawan lagi. Cukuplah sekali.
Tips Menguruskan Anak yang Diserang Sawan
Di sini ada beberapa tips apabila anak diserang sawan. Tips ini Aya ambil daripada risalah edaran hospital.
- Jangan panik
- Pantau berapa lama anak dalam keadaan sawan (yang normal dalam 1-5 minit)
- Letakkan anak pada posisi mengiring supaya peredaran udara lancar dan anak dapat bernafas.
- Basahkan kepala anak
- Jangan masukkan jari atau sebarang objek dalam mulut anak
Tingkat Imun Anak Secara Semulajadi
Untuk tingkatkan imun badan anak-anak melawan demam, Aya syorkan Nutriferon dan Omega Guard.
Nutriferon sangat bagus untuk kuatkan sistem imun badan kanak-kanak dan dewasa. Formulasi Nutriferon dihasilkan oleh pakar imunologi dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima.
![]() |
Nutriferon dalam bentuk sachet. Sangat praktikal |
![]() |
Pelbagai fungsi Nutriferon |
Omega Guard pula adalah pati minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA. Omega Guard juga membantu meningkatkan sistem imun dalam badan.
![]() |
Minyak ikan terbaik untuk si manja |
Untuk konsultasi cara makan yang betul, telefon/whatsapp Aya di talian 013-5949754 :)
No comments:
Post a Comment