Apa Itu Edema
Pernah tak bangun pagi, tengok kaki dah kembung? Ingatkan sehari je. Setiap hari tengok, tetap tak surut-surut. Kandungan dah sarat, jalan pun lambat-lambat. Dengan bengkak kakinya, aduh, sangat-sangat tak selesa kan. Dugaan ibu mengandung, nak tak nak terpaksa lalui juga. Tapi fikir positif, Allah nak bagi pahala banyak, jadi jangan rasa down.
Dah macam-macam cara kita cuba nak hilangkan bengkak kaki. Angkat kaki tinggi sikit (alas kaki dengan bantal) masa tidur, kurangkan makanan tinggi sodium, banyakkan berjalan, tak juga surut-surut. Jangan risau, ada ikhtiar lain, insya-Allah.
Mulanya, kita perlu faham macam mana bengkak kaki boleh berlaku. Bengkak kaki ni adalah akibat daripada retensi air di dalam salur darah kita. Badan kita mempunyai salur darah besar dan salur darah kecil. Bila bayi semakin membesar, saluran darah besar mendapat tekanan. Tekanan ini mengakibatkan darah berkumpul dan bergerak perlahan. Dalam masa yang sama, air di dalam salur darah besar keluar dan masuk ke dalam salur darah kecil yang berada di tisu-tisu kaki. Inilah yang dipanggil retensi air. Ada juga yang bengkaknya sampai ke tangan dan muka.
Bagi mengatasi bengkak kaki semasa hamil, kita boleh mengamalkan supplement seperti vitamin B-complex, vitamin C, Ostematrix dan ESP.
Vitamin B-Complex
Vitamin B-complex mengandungi vitamin B1, vitamin B5 dan vitamin B6 yang berkait rapat dengan retensi air. Kekurangan vitamin B1 mengakibatkan retensi air, vitamin B5 pula membantu membuang lebihan cecair di dalam badan manakala vitamin B6 membantu jantung mengepam darah dengan tekanan yang baik ke seluruh badan.
Amalkan vitamin B-complex untuk mengurangkan bengkak kaki |
Sustained Release Vitamin C
Vitamin C berfungsi menyeimbangkan cecair di dalam badan. Pengambilan Vitamin C yang cukup setiap hari dapat mengurangkan risiko edema juga menghilangkan bengkak air yang sedia ada. Kelebihan Vitamin C Shaklee adalah ia mempunyai sistem pelepasan setiap 5 jam. Setiap 5 jam ini, 100mg Vitamin C akan diserap oleh badan, sehinggalah habis keseluruhan 500mg Vitamin C di dalam sebiji SR Vitamin C. Berbeza dengan Vitamin C yang lain, badan hanya dapat menyerap 100mg sahaja dan selebihnya dibuang begitu saja. Rugi duit khasiat kan?
Atasi edema dengan supplement Vitamin C terbaik dunia |
Ostematrix
Ostematrix ni sangat bagus. Bukan sekadar ada kalsium, ada juga magnesium, zinc dan mineral lain. Bila berlaku edema tau retensi air, mineral dalam badan boleh hilang. Jadi, ostematrix ni penyelamat untuk menggantikan mineral yang hilang.
Ostematrix, bukan sekadar kalsium |
Energized Soy Protein (ESP)
Salah satu punca edema adalah apabila badan kekurangan protein. Kenapa ibu mengandung mudah tak cukup protein. Sebabnya protein daripada ibu disalurkan kepada janin untuk tumbesarannya. Badan kita dari huung rambut sampai hujung kaki majoritinya terdiri daripada protein. Jadi, ESP bantu para ibu cukupkan keperluan protein harian untuk mengelakkan edema.
No comments:
Post a Comment