Friday, 27 October 2017

Produk untuk Edema, Penyelesaian kepada Masalah Pembengkakan

Edema adalah istilah perubatan yang merujuk kepada bengkak yang berpunca daripada retensi air di dalam salur darah. Edema bukan sahaja berlaku kepada wanita hamil, tetapi boleh juga berlaku sekiranya kaki terseliuh, terkena sengatan lebah atau berlaku jangkitan (infeksi) pada kulit. Edema boleh berlaku pada bahagian badan yang kecil atau boleh juga pada bahagian yang besar seperti keseluruhan tapak kaki sehingga betis. Bagi yang pernah mengalami edema, pasti berasa sakit dan tidak selesa. Jangan risau kerana terdapat beberapa produk yang boleh diamalkan untuk menyelesaikan masalah pembengkakan ini. 

Salah satu produk untuk mengurangkan edema adalah vitamin B-complex. Vitamin ini mengandungi vitamin B1 (thiamine), vitamin B5 (pantothenic acid) dan vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride).

Vitamin B1
  • Kekurangan Vitamin B1 (thiamine) adalah punca kepada masalah retensi air dan menyebabkan edema. Jadi, perlu dipastikan pengambilan vitamin ini cukup 1 mg sehari.
Vitamin B5
  • Vitamin B5 (pantothenic acid) sangat berkait rapat dengan edema. Ia berfungsi mengeluarkan lebihan air dan mengelakkan edema berlaku. Kekurangan vitamin ini mengakibatkan pening kepala seperti mahu pitam, sukar tidur dan kekejangan otot.
Vitamin B6
  • Vitamin B6 (pyridoxine hydrochloride) berkait rapat dengan pengaliran darah daripada jantung ke seluruh badan. Kekurangan vitamin ini mengakibatkan tekanan jantung mengepam darah menjadi tidak stabil dan membawa kepada berlakunya edema.
Atasi edema dengan B-complex

No comments:

Post a Comment