Sunday, 22 October 2017

Cara Atasi Edema Pada Trimester Ketiga Semasa Mengandung

Edema atau bengkak kaki adalah gejala yang sinonim dengan ibu-ibu mengandung terutamanya pada trimester ketiga kehamilan. Edema berlaku akibat retensi air di dalam salur darah. Saiz bayi yang membesar saban minggu memberi tekanan kepada salur darah besar (vein) dan kandungan air dalam salur darah besar diserap masuk ke dalam salur darah kecil pada bahagian tisu-tisu kaki.  

Edema bukan sahaja membuatkan para ibu tidak selesa, malah ia adalah salah satu tanda (simtom) kepada darah tinggi ketika mengandung (pre-eclampsia). Biasanya, jika berlaku bengkak kaki dan berat badan naik melebihi 2 kg dalam masa 2 minggu, jururawat akan ambil bacaan tekanan darah selang sehari selama 3 kali. 

Semasa mengandungkan anak pertama, saya mengalami edema bermula minggu ke-34. Banyak cara untuk menghilangkan edema daripada bacaan saya dan tips daripada orang sekeliling. Antaranya, tinggikan kaki semasa tidur (alas kaki dengan bantal), berehat sebentar jika dalam perjalanan jauh dan kurangkan makanan tinggi sodium. Tetapi bengkak kaki tidak juga hilang sehinggalah minggu ke-2 selepas melahirkan, barulah bengkak kaki surut. 

Jadi, semasa saya mengandung kali kedua, saya mengamalkan supplemen shaklee seperti Vitalea dan Vitamin C. B-complex juga tidak terkecuali kerana ia mengandungi vitamin B6 yang berfungsi mengurangkan retensi air. Alhamdulillah, saya langsung tidak mengalami edema pada kehamilan kali kedua. 

Bagi ibu-ibu mengandung yang sedang berikhtiar untuk mengelakkan atau mengurangkan bengkak kaki, bolehlah amalkan pengambilan supplemen Vitalea, Vitamin C dan B-complex.

Vitalea mengandungi semua nutrisi yang diperlukan ketika hamil

Vitamin C membantu mengimbangkan cecair dalam darah dan mengawal edema

Membantu mengurangkan retensi air semasa mengandung

Saya sedia membantu para ibu.
Hubungi saya, Ruhaya di talian 0135949754 untuk pertanyaan lanjut mengenai supplemen-supplemen ini :)

No comments:

Post a Comment