Edema atau bengkak kaki semasa hamil adalah keadaan yang biasa berlaku semasa kandungan menjangkau 7 bulan ke atas (trimester ketiga). Saya juga pernah mengalaminya semasa mengandung anak yang pertama.
Bengkak kaki berlaku apabila badan menyimpan cecair lebih banyak daripada biasa. Bagaimana ia boleh berlaku? Kita mempunyai salur darah besar (vein) dan salur darah kecil (kapilari). Saluran darah besar pada bahagian pelvis mendapat tekanan apabila bayi di dalam rahim semakin membesar. Keadaan ini menyebabkan aliran darah di bahagian bawah badan menjadi perlahan dan darah terkumpul di situ.
Pengumpulan darah ini memberi tekanan kepada air di dalam salur darah besar untuk turun dan masuk ke salur darah kecil yang seterusnya diserap oleh tisu-tisu di bahagian tapak kaki dan buku lali. Adakalanya wanita hamil menyimpan air lebih banyak daripada biasa, jadi ia menambahkan lagi pembengkakan ini.
Para ibu jangan risau, keadaan ini akan kembali normal setelah melahirkan nanti. Bagi yang pernah mengalaminya, pasti mencari inisiatif untuk ia tidak berlaku lagi pada kandungan seterusnya. Agak terseksa kan, bila kasut jadi ketat, kaki sembab dan rasa lenguh-lenguh.
Antara cara untuk atasi bengkak kaki semasa hamil adalah pengambilan supplemen seperti vitamin B complex, Ostematrix dan vitamin C.
Vitamin B6 bantu mengurangkan retensi air (edema) |
Mineral yang perlu diganti setelah edema pulih |
Penting untuk pengimbangan cecair dan kawalan edema |
Wahh..baru tau bengkak kaki tu edema namanya. Menarik perkongsian. Saya minat nak belikan untuk adik saya yang selalu bengkak kaki masa pregnant..
ReplyDeleteAinul Huda
Terengganu
Saya sedia membantu :) Boleh whatsapp saya (013-5949754)
Delete