Friday, 30 November 2018

BERJAYA TURUNKAN BERAT BADAN, MASALAH SELALU LETIH DAN SAKIT LUTUT DAPAT DIATASI


Anda ada masalah berat badan? Berat susah nak turun, stamina pula rendah. Selalu letih dan sakit badan. Tapi muda lagi. 

Anda cari cara nak turunkan berat anda? Kisah di bawah ni wajib anda baca.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Abdul Latif bin Sarpin, suami kepada Fitriyatul Asyiqin. Berumur 31tahun dan merupakan seorang penjawat awam. 


Saya ingin kongsikan testimoni pengalaman saya sendiri bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan saya yang dulunya mencecah 96 kilogram kepada 87 kilogram sekarang.

Ketika berat badan saya 96kg dahulu, saya seringkali cepat berasa penat, letih dan kurang stamina dan kadang kala sakit lutut selalu datang menyerang ketika saya bersukan. Saya sedar ini sedikit sebanyak berkait dengan masalah berat badan saya yang berlebihan. Isteri saya ada juga mengesyorkan saya untuk mengambil suplemen tapi saya tidak konsisten dengan pengambilan suplemen ini. 

Sampailah satu tahap apabila saya merasakan saya perlu buat sesuatu untuk atasi masalah berat badan saya ini apatah lagi saya selalu penat dan sakit lutut juga kerap datang. Dan saya nekad untuk cuba konsisten mengamalkan apa yang isteri saya nasihatkan. Alhamdulillah isteri saya sangat komited dan sentiasa mengingatkan saya untuk sentiasa mengambil suplemen ini dan dalam masa yang sama menjaga pemakanan dan juga sentiasa ingatkan saya untuk melakukan senaman. Saya juga menjaga waktu makan saya yang mana pada waktu malam, saya kurangkan pengambilan makanan yang berat terutamanya karbohidrat dan kurangkan pengambilan minuman manis.

Ini merupakan antara suplemen yang saya amalkan untuk fokus atasi masalah berat saya, rasa letih dan kurang tenaga juga untuk atasi sakit lutut saya. 

1. Lecithin, Alfalfa, Omega Guard, Herb-Lax dan Ostematrix untuk membantu proses penurunan berat badan saya juga membantu atasi masalah sakit lutut saya kerana saya juga aktif bersukan. 

2. Vivix, CoqTrol dan B-complex untuk atasi masalah saya yang selalu penat terutamanya ditempat kerja untuk berikan tenaga dan stamina kepada saya cergas sepanjang hari. Ianya juga membantu berikan tenaga kepada saya ketika melakukan workout atau senaman. 

Alhamdulillah dari berat badan saya ketika bulan December 2017 dahulu 96 kilogram kini berat terkini saya mencapai 87 kilogram dan insyaAllah saya akan konsisten amalkan cara hidup yang sihat dan amalkan suplemen Shaklee ini untuk dapatkan kembali berat badan ideal saya. Syukur sangat saya kini merasa lebih sihat dan fit berbanding dahulu dan sekarang boleh aktif bersukan kembali.

Terima kasih Allah juga buat isteri tercinta,
Terima kasih Shaklee .


Thursday, 29 November 2018

BERTONGKAT SELEPAS KEMALANGAN, KINI TIDAK LAGI SELEPAS KONSISTEN MENGAMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE


Kemalangan jalan raya adalah satu musibah. Ada yang terselamat dengan luka ringan, ada yang mengalami kecederaan serius dan ada juga yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

Biasanya mereka yang terlibat kemalangan jalan raya dan mengalami kecederaan mengambil masa untuk pulih daripada kecederaan itu. Ada yang memakan masa berbulan dan ada juga yang bertahun.

Inilah yang dialami oleh Pn. Wan Noor Hidayah, apabila beliau tidak dapat berjalan dengan sempurna dengan terpaksa memakai tongkat akibat kemalangan. Namun, apa yang telah beliau lakukan selepas itu membuatkan beliau dapat berjalan seperti sedia kala tanpa perlu memakai tongkat lagi.

Ikuti kisah beliau ini.

Terlibat Kemalangan Kereta Yang Teruk

"Nama saya Wan Noor Hidayah. Saya sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Saya ingin kongsikan bagaimana kaki saya pulih sepenuhnya selepas mengamalkan suplemen Shaklee."

"Pada tahun 2015 saya mengalami kemalangan kereta yang teruk. Tetapi alhamdulillah, saya masih hidup walaupun tidak dapat berjalan dengan sempurna selama beberapa bulan. Pada mulanya saya mencuba 2 jenama suplemen ternama dipasaran untuk mengurangkan kesakitan di kaki saya."

"Saya terpaksa mengambil suplemen memandangkan tiada ubat selain ubat tahan sakit sahaja yang diberikan oleh pihak hospital kepada saya. Menurut mereka, keputusan x-ray saya tidak menunjukkan sebarang masalah kecederaan pada tulang walaupun mereka sendiri berasa pelik mengapa saya langsung tidak boleh berjalan." 
"Sejak dari kemalangan tersebut saya tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah oleh ahli keluarga setiap kali hendak ke mana-mana. Paling menyedihkan adalah apabila saya terpaksa mengesot perlahan-perlahan ke bilik air apabila hendak berwuduk ketika ahli keluarga tiada di rumah. Sakitnya kaki saya ketika mengesot hanya Allah sahaja yang tahu."

Mula Bertemankan Tongkat 

"Kemudian ibu saya mendapatkan sepasang tongkat dan sebuah kerusi roda untuk memudahkan pergerakan saya. Saya menggunakan tongkat selama hampir 3 bulan untuk ke pejabat setiap hari. Walaupun kesakitan kaki saya telah mengambil masa yang agak lama untuk berkurangan, namun saya masih berasa amat sakit apabila berjalan tanpa tongkat."

"Pada suatu hari saya telah ditakdirkan oleh Allah SWT dapat kembali bekerja di lokasi yang berhampiran dengan cawangan Shaklee. Peluang ini saya ambil untuk mendaftar sebagai ahli dan membeli beberapa jenis suplemen. Omega Guard menjadi suplemen kegemaran saya apabila kesakitan kaki saya hilang setelah konsisten mengamalkannya."

Semakin Banyak Kesan Shaklee (Shaklee Effect) Yang Dialami

"Alhamdulillah, saya berasa amat bersyukur apabila kaki saya tidak lagi sakit. Omega Guard telah membantu saya untuk sembuh. Saya juga turut merasakan Shaklee Effect yang lain iaitu mood saya semakin baik, saya menjadi lebih tenang dan tidak cepat marah. Penglihatan mata saya juga semakin baik dan saya tidak lagi mengalami masalah silau apabila memandu di waktu malam."

"Selain Omega Guard, saya juga mengambil B-Complex untuk mengurangkan rasa sedih akibat tidak dapat berjalan dengan sempurna. Tetapi selepas istiqamah mengamalkannya, bahagian kaki saya yang kebas kerana banyak saraf mati akibat hentakan kuat semasa kemalangan lalu juga telah pulih dan kulit wajah saya menjadi semakin berseri-seri."

"Kini saya hanya percayakan suplemen Shaklee sahaja. Anda juga boleh merasai Shaklee Effect yang tidak disangka-sangka. Selamat tinggal tongkat. Saya cintakan Shaklee sampai bila-bila.

Bahagia sangat kan apabila dapat pulih sepenuhnya. Ada yang mempunyai pengalaman yang sama juga boleh berikhtiar dengan mengamalkan set suplemen Shaklee. Hubungi Aya di 013-5949754 untuk konsultasi percuma dan cara makan terbaik.

Tuesday, 27 November 2018

ANAK SELSEMA TERUK SEHINGGA HIDUNG BERDARAH, INI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH IBUNYA


Anak kecil sangat biasa terdedah kepada risiko jangkitan. Sebabnya imun badan mereka masih rendah dan baru hendak menyesuaikan dengan keadaan sekitar. 

Sangat biasa kita dengar dan lihat anak-anak kecil berjangkit batuk dan selsema apabila bergaul sesama mereka. Ibu bapa mana yang tidak risau kan? Lagi-lagi jika jangkitan itu menyerang paru-paru anak-anak ini.

Aya ingin bawakan perkongsian kisah Pn. Sabariah Basri yang berpengalaman menjaga anaknya yang kerap batuk dan selsema sehingga hidungnya berdarah.

Dugaan Anak Kecil Yang Kedua

"Saya Sabariah binti Basri, berumur 36 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak lelaki. Seorang berumur 10 tahun dan seorang lagi 2 tahun 9 bulan."
"Saya ingin kongsikan kisah anak kedua saya, Adam. Selepas habis berpantang dan masuk kerja saya hantar Adam ke taska. Dalam usia 4 bulan ketika itu, Adam mudah dijangkiti batuk selesema, lebih-lebih lagi taska di bawah Kementerian tempat saya bekerja 100% menggunakan penghawa dingin."
"Dalam sebulan memang payah nak tengok hidung Adam kering. Sentiasa berhingus.. Batuk dan selesema berpisah tiada. Sebelum ini saya pernah kejarkan Adam ke hospital seawal pukul 2 pagi disebabkan batuk berpanjangan sehingga sukar untuk bernafas. Setiap kali itulah Adam kena ambil nebulizer. Bergema segenap ruang hospital dengan suara Adam yang meraung sebab tak nak pakai topeng pelik dengan bunyi yang menakutkan itu."

Daripada Selsema Berpanjangan Menjadi Hidung Berdarah 

"Ketika berusia setahun, saya perasan hidung Adam selalu berdarah. Kadang kala darah keluar dari hidung pada waktu malam ketika sedang tidur lena. Saya hanya perasan darah kering di pipi Adam dan cadar penuh dengan darah pada sebelah pagi. Pernah darah keluar banyak dan terdapat ketulan darah yang membimbangkan saya. Perkara ini berlarutan sehingga umur Adam 2 tahun 7 bulan."
"Setiap kali pergi pemeriksaan bulanan di klinik kesihatan, saya beritahu masalah hidung berdarah kepada doktor. Doktor maklumkan bahawa perkara tersebut biasa berlaku apabila anak-anak selesema dan ketika suhu badan panas."
"Pertengahan tahun 2017, Adam telah dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan batuk selesema yang berpanjangan. Doktor mengesahkan Adam mengalami jangkitan kuman dalam paru-paru. Allah.., betapa sedihnya saya ketika itu. Anak sekecil Adam terpaksa duduk dalam wad, menahan sakit jarum suntikan dan setiap kali perlu ambil darah.. Hanya Allah yang tahu perasaan saya setiap kali mendengar Adam meronta-ronta minta dilepaskan. 5 hari berkampung di hospital dan akhirnya Adam dibenarkan untuk pulang."
"Doktor memberi temujanji untuk berjumpa pakar ENT di hospital berikutan masalah hidung Adam yang kerap berdarah. Pada hari temujanji, doktor pakar mengesahkan tiada apa-apa yang serius pada Adam. Alhamdulillah. Saya bersyukur. Namun dalam hati bertekad untuk mencari alternatif lain untuk mencegah masalah batuk, selesema punca hidung Adam selalu berdarah daripada berulang."

Mula Berikhtiar Dengan Minyak Ikan Terbaik 

"Saya mencuba berikhtiar dengan Omega Guard Shaklee. Untuk kanak-kanak sekecil Adam yang tidak boleh menelan kapsul vitamin, saya pecahkan sebiji Omega dan masukkan dalam bancuhan susu Adam dan bagi Adam minum setiap malam sebelum tidur."
"Dan hasilnya.., Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menemukan penyelesaian untuk segala ikhtiar saya selama ini. Hidung Adam dah tak berdarah lagi. Selesema yang menjadi rakan baik Adam sebelum ini dah pergi jauh-jauh. Batuk juga semakin berkurang. Tiada lagi insiden baju dan kusyen kereta kotor dengan muntah akibat batuk berpanjangan. Adam semakin ceria, membesar dengan sihat dan aktif."
"Semoga Adam sentiasa sihat wal'afiat dan bebas dari batuk, kahak dan selesema penyebab hidung berdarah. Alhamdulillah, syukur sebab saya dipertemukan dengan Omega Guard."

Alhamdulillah, lega sangat bila dapat penyelesaian kepada masalah selsema dan batuk anak yang berpanjangan. Ibu-ibu yang mempunyai pengalaman yang sama seperti Pn. Sabariah, Aya sangat mengesyorkan anda berikhtiar dengan Omega Guard untuk anak-anak anda. 

Hubungi Aya di 013-5949754 (whatsapp/call/telegram) untuk konsultasi terbaik dan cara makan berkesan.

Wednesday, 21 November 2018

CARA ATASI SEMBELIT DAN SUKAR BUANG AIR BESAR DENGAN BERKESAN


Masalah sukar membuang air besar atau sembelit boleh menyebabkan aktiviti harian kita terganggu. Bukan itu saja, kulit juga mudah kusam akibat pngumpulan toksin dalam badan yang tidak dibuang dengan sempurna. 

Biasanya, mereka yang mengalami masalah sembelit dan sukar buang air besar mudah bertambah berat badan walaupun cuba 'berdiet'. Sembelit dan masalah penghadaman boleh menyebabkan usus kita menjadi tidak sihat malah berisiko menyebabkan buasir kerana terlalu kerap meneran ketika hendak membuang air besar.

Jika terus dibiarkan, keadaan ini boleh menyakibatkan kanser usus.

Derita Sembelit Kini Tiada Lagi

Pn Noor Hartini Md Saad berkongsi pengalaman beliau bebas daripada masalah sembelit ini. Jom ikuti kisahnya.

"Sebelum mengenal set vitamin Shaklee, inilah yang saya telah alami. Masalah sembelit dan sukar buang air besar. Pada mulanya, saya mengambil Set Menyusu Asas yang terdiri daripada Alfalfa, Lecithin dan Ostematrix."
"Alhamdulillah, susu badan kembali meriah dan paling menggembirakan saya, masalah sukar buang air besar dan kerap sembelit dapat saya atasi."
"Kalau ingatkan dulu 2x seminggu atau 3 atau 4 hari sekali adalah rutin saya membuang air besar. Dan ia amat menyakitkan. Pada mulanya saya menyangkakan adalah perkara biasa sebab badan saya baru kenal vitamin ni, mungkin tindak balas dari vitamin saja yang menyebabkan ia memudahkan pelawasan."
"Tapi sangkaan saya meleset. Masalah sukar buang besar dan sembelit saya terus hilang malah saya kini konsisten dapat membuang air besar 1 atau 2 kali sehari. Alhamdulillah."

Ostematrix Penyelesaian Kepada Masalah Sembelit

"Selepas berkongsi berita baik ini kepada sahabat Shaklee saya, barulah saya tahu Ostematrixlah yang membantu saya mengatasi masalah sembelit ini. Ostematrix adalah supplement kalsium yang dilengkapi dengan mineral lain seperti magnesium, phosphorus, vitamin D, zink, kuprum, manganese dan boron."
"Jadi, terbukti Ostematrix bukanlah supplement kalsium biasa. Supplement kalsium yang mengandungi Vitamin D membantu penyerapan kalsium ke dalam tulang yang optimum."
"Alhamdulillah, setelah konsisten mengambil set vitamin ini, apa yang menggembirakan hati saya selain masalah buang air besar dan sembelit hilang, berat badan saya juga kembali turun dan BMI saya kini dalam kategori berat ideal."
"Kulit saya juga tidak lagi kusam malah sakit lutut yang saya alami akibat kecederaan di zaman sekolah dulu kini tiada lagi. Alhamdulillah."

"Semoga perkongsian saya ini dapat membantu ibu-ibu dan mereka diluar sana yang mengalami masalah seperti saya dapat mengatasinya dengan mencuba set vitamin Shaklee ini."

Mudahnya nak atasi masalah sembelit ni. Anda mesti cuba untuk hilangkan derita sembelit anda. Jangan biarkan, akan lebih mudarat kepada diri.

Dapatkan Set Sembelit ini SEKARANG. Hubungi Aya di 013-5949754 untuk konsultasi terbaik.

CARA TINGKATKAN KESUBURAN DENGAN BERKESAN: KAEDAH IKHTIAR HAMIL TERBAIK


Cahayamata adalah anugerah buat pasangan suami isteri. Amat jarang kita dengar pasangan yang berkahwin tidak menginginkan zuriat. Cahayamata diibaratkan sebagai buah cinta.

Tapi, anugerah zuriat ni rahsia Allah. Ada yang Allah rezekikan mudah dan cepat dapat zuriat, ada yang sebaliknya. Bagi yang masih menantikan zuriat, terasa amat menyiksakan. Ya penantian satu penyiksaan.

Mari ikuti kisah Pn. Hartini Badri yang pernah mengalami penantian yang panjang untuk memperoleh cahayamata ketiga mereka.

Penantian Satu Penyiksaan

"Penantian satu penyiksaan. Dulu saya mendengar je ungkapan ni tapi tak pernah benar-benar merasainya."
"Saya seorang ibu kepada 2 orang cahaya mata. Kedua-dua anak saya dilahirkan secara pembedahan kerana kedudukan mereka songsang disebabkan masalah bicornuate uterus (rahim abnormal). Walaupun melahirkan secara pembedahan saya bersyukur dan redha kerana sekurangnya saya dikurniakan cahaya mata berbanding mereka yang kes macam saya, ada yang tak berpeluang ada cahaya mata."
"Jarak kedua-dua anak saya tak begitu jauh. Anak sulung setahun lebih, saya dah hamil anak kedua. Alhamdulillah tiada masalah semasa hamil atau selepas melahirkan."
"Setelah melahirkan anak kedua, atas nasihat doktor saya menjarakkan kehamilan dengan mengambil implanon sebagai perancang bermula Disember 2011. Saya memakainya selama 3 tahun. Selama tu juga saya tidak datang period. "
"Selepas menanggal implan pada Disember 2014, saya fikir tahap kesuburan saya akan kembali normal. Iya lah, memandangkan jarak kedua anak sebelum ni pun tak jauh sangat. Jadi saya fikir saya ni jenis subur agaknya jadi sebaik menanggalkan implan mesti senang je nak lekat." 
"Period dah kembali normal. DUA TIGA TAHUN berlalu masih belum ada apa-apa tanda. Saya mula risau. Saya pernah bertanyakan pada doktor, menurut doktor memang ada sesetengah orang setelah memakai implan tahap kesuburan lambat untuk kembali normal."
"Saya pun mula berusaha, pada mulanya saya mengambil vitamin kesuburan secara konsisten seperti B-Complex yang dilengkapi asid folic. Kemudian GLA Complex untuk meningkatkan kesuburan. Di samping vitamin asas yang lain yang saya dah ambil sebelum-sebelum ni lagi."
"Beberapa bulan masih juga menunggu."

Pernah Menangis Bila Kedatangan Haid 

"Setiap kali haid agak hampa. Saya pernah menangis jugak bila haid datang. Baru saya memahami perasaan siksanya penantian itu. Dengan orang sekeliling yang asyik bertanya bila nak tambah dan terutama anak-anak sendiri yang asyik bertanya “bila kita nak dapat baby?” Oh, tertekan juga kadang-kadang. Iya lah, saya sendiri risau juga dengan umur semakin bertambah. Saya cuma jawab “kita doa sama-sama okay”.

Lega Penantian 7 Tahun Berakhir 

"Pada awal Januari 2018, suplemen CoqTrol Plus berada di pasaran. Saya mendengar kelas daripada pakar nutrisi betapa pentingnya pengambilan Coq dalam memberi tenaga pada sel-sel tubuh badan kita. Rupanya sel ovum merupakan sel terbesar dalam badan wanita. Dan sel sperma pula merupakan sel terkecil dalam badan manusia."
"Dan untuk pergerakan aktif sel-sel ini bertemu “cinta hati” memerlukan “tenaga”. Dan CoqTrol Plus dapat membantu meningkatkan tenaga sel-sel ini. Ada ujian yang dijalankan menunjukkan kesan pengambilan suplemen ini pada jumlah sperma dan pergerakan sperma. Keyakinan saya bertambah bila ada seorang customer berkongsi pengalaman dia ikhtiar hamil, kata doktornya “this suplemen(coq10) is very good for your ovum”. Mendengarkan ini buat saya fikir, saya dan suami memerlukan tambahan suplemen ni, mungkin ada yang belum cukup."
"Sebaik saja berada di pasaran saya terus beli dan makan bersama-sama suami. Sambil meneruskan vitamin-vitamin lain sebelum ni. Saya juga lebih mengambilberat dengan waktu subur, saya mencatatnya, menggunakan bantuan application di smartphone dan juga menggunakan ovulation kit."
"Saya betul-betul berusaha kali ni selain dari terus berdoa dan minta orang sekeliling mendoakan juga."
"Alhamdulillah dengan izinNya. Setelah habis sebotol CoqTrol Plus, period saya lambat dan syukur saya disahkan positif hamil anak ketiga. Ya, pada usia anak kedua 7 tahun. Jarak sungguh kali ni. Suka betul kakak-kakak mendapat berita kehamilan ini. Kini, kandungan dah nak masuk 5 bulan, gerakan baby pun dah mula dirasai. Terasa rindu sungguh perasaan ni. Doakan kami ye."
"Melalui ‘struggle’nya berusaha kali ni buat saya ingin berkongsi kisah ini. Pada yang masih menanti cahaya mata jangan putus asa. Teruskan usaha. Usaha perlukan masa, pengorbanan dan kesungguhan. Melaburlah untuk kesihatan kita dan pasangan. Bila badan sihat, sel sihat insyaAllah badan kita akan sedia untuk hamil. Dan paling penting senjata utama kita adalah DOA."
"Kongsikan kisah ini jika anda juga ingin membantu orang-orang sekeliling. Semoga perkongsian ini dapat membantu pada mereka yang memerlukan. Alhamdulillah syukur pada Allah, terima kasih atas doa semua dan terima kasih Shaklee."


Alhamdulillah, begitulah kisah ikhtiar hamil Pn. Hartini. Bagi anda yang mempunyai masalah sukar hamil, Aya sangat mengesyorkan anda berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee. Hubungi Aya di 013-5949754 untuk mendapatkan produk dan konsultasi terbaik.