Dah stress dengan parut di muka? Dah cuba macam-macam cara nak hilangkan parut, macam-macam produk dah pakai, tapi sama saja. Tak ada perubahan. Nak jumpa orang ramai pun malu.
Nanti! Aya ada penyelesaian untuk anda. Aya akan bantu anda hilangkan parut di wajah dengan berkesan.
Punca Dalaman dan Luaran Terjadi Parut
Parut terjadi apabila pembentukan sel-sel baru dan kolagen pada kawasan luka berlaku dengan perlahan. Lambat atau cepat proses pembentukan sel baru dan kolagen ini bergantung juga kepada faktor genetik.
Parut pada wajah pula adalah kerana proses penyembuhan tisu kulit berlaku. Biasanya luka atau radang pada wajah berlaku bila jerawat naik. Ada juga yang terlibat dengan kemalangan, seperti jatuh basikal, kemalangan motor atau kereta yang menyebabkan muka terluka.
Pengalaman Wajah Berparut Hitam Seorang Guru
Jom ikuti pengalaman seorang guru ini yang pernah mengalami parut hitam pada wajah. Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Said atau lebih mesra dengan panggilan Che Yan telah berkongsi pengalaman beliau mencari ikhtiar menghilangkan parut hitam di wajah.
"Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahayamata (bakal 4, insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru. Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri muka dah macam pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil daripada parut setiap kali salah makan."
Salah Makan Punca Parut Menjadi-Jadi
"Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak, "Ni memang tak ada lain la ni mesti makan terung" tak pun " dah tau alergik terung sapa suruh makan." Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai."
"Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat di bawah kulit tapi tidak pula ada 'mata' kerana kalau jerawat pastinya ada 'mata' dan bila matang jerawat bertukar kekuningan."
Cara Che Yan 'Cover' Muka
"Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul di bawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa 'fake' sangat."
Mula Mengenali Shaklee, Hidup Che Yan Kembali Cerah
"Sebelum kenal Shaklee kalau alergik dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut ditumbuhi seakan cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga tak boleh buka mulut."
"Selepas konsisten vitamin Shaklee, sekiranya alergik terung Che Yan akan alami masalah bintik-bintik di bawah kulit seperti Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela."
Penemuan Terbaru Shaklee, Lembaran Baru Buat Che Yan
"Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. YOUTH dilancarkan 'on time' muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar, "Allah, dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni."
"Bulan Mac 2018 YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow, boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drugstore, produk timbang kilo sehinggalah produk bertaraf antarabangsa."
"Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam produk penjagaan wajah atau apa-apa saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja."
YOUTH bebas daripada 1500 bahan kimia |
Kelebihan YOUTH Buat Che Yan Jatuh Cinta
"YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam Vivix juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit YOUTH. Wow, Vivix luar dalam!"
"Che Yan bermula dengan menggunakan Basic Set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli fullset. Dalam masa yang sama, Che Yan amalkan Set Radiant 5.
"Che Yan boleh katakan YOUTH is the best dan YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka. Banyak produk yang bagus diluar sana, tapi Che Yan pilih yang terbaik, YOUTH."
Dapatkan YOUTH Anda Sekarang
Ha, best kan perkongsian Che Yan? YOUTH adalah harapan untuk anda mendapatkan kulit yang sihat. Percayalah, anda tak akan kecewa dengan kesan terbaik YOUTH.
Dapatkan YOUTH sekarang dengan whatsapp Aya di 013-5949754 atau klik Nak YOUTH Shaklee.